PETALING JAYA: Bersatu Bahagian Tangga Batu kekal komited bersama parti pimpinan Muhyiddin Yassin, walaupun selepas Ketuanya, Mohd Rafiq Naizamohideen keluar parti.
Ketua Bersatu Melaka, Yadzil Yaakub berkata, kenyataan Rafiq bahawa semua usahanya tidak dihargai parti bersifat peribadi dan tidak membabitkan Bersatu Bahagian Tangga Batu.
“Bersatu Melaka terus kukuh menyokong kepimpinan Muhyiddin selaku presiden Bersatu dan pengerusi Perikatan Nasional (PN).
“Kami semua ahli Bersatu Melaka kekal komited mempersiapkan jentera PN dalam menghadapi pilihan raya uumum ke-15. Kami berikrar untuk terus bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan PN menang, tidak kira siapa pun calon yang akan dinamakan,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Rafiq mengumumkan keluar parti serta-merta kerana kecewa tidak dapat bertanding di kerusi Parlimen Tangga Batu pada PRU15.
Katanya, beliau sedih kerana segala usahanya di Tangga Batu seperti tidak dihargai parti.
Menurutnya, beliau dijanjikan akan dicalonkan di kerusi Tangga Batu, tetapi kecewa apabila ditawarkan bertanding di Parlimen Bagan Datuk yang disandang Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.
Walaupun PN belum membuat sebarang pengumuman, tetapi PAS Melaka pada Sabtu berkata, ia akan meletakkan calon di Parlimen Tangga Batu dan Jasin.
Sebelum ini, Rafiq antara nama yang disebut-sebut bakal mewakili PN di Parlimen Tangga Batu.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment