MERUJUK kepada suatu laporan berita dan petikan video ucapan Presiden PKR yang mendakwa kononnya Presiden PAS mengatakan beliau adalah ahli Freemason sedunia.
Pihak kami dengan ini terpanggil untuk menafikan dakwaan tersebut, malah untuk rekod Presiden PAS tidak pernah mengungkapkan tuduhan yang dikatakan itu.
Adalah ditegaskan menjelang PRU15 ini, PAS tetap menolak budaya politik fitnah, janji kosong dan tuduhan palsu yang tidak berasas sama sekali.
Benarlah pepatah Arab yang berbunyi,
Ų¶Ų±ŲØŁŁ ŁŲØŁŁ، ŲøŁŁ ŁŁ ŁŲ§Ų“ŲŖŁŁ.
“Dia yang memukul saya, dia pula yang menangis. Dia yang menzalimi saya, dia pula yang mengadu dizalimi.”
PEJABAT PRESIDEN PASBertarikh: 29 Rabi’ul Awwal 1444 / 26 Oktober 2022
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment