Dalam ucapan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung MIC ke-76 Isnin lalu, dia secara terbuka berkata, kepimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) akan berdepan dengan perbicaraan jenayah sekiranya mereka terkandas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Kalau kita kecundang, nasib kita lebih buruk daripada PRU14. Bukan
saya saja kena dakwa (di mahkamah), Tok Mat, kamu dalam senarai
menunggu.
“Tan Sri Vicky (Presiden MIC SA Vigneswaran), jangan ketawa.. kamu
juga termasuk. Apa lagi Datuk Seri Saravanan (Timbalan Presiden MIC).
Presiden MCA Wee Ka Siong? Mereka takkan melupakan kamu. Kamu juga akan
didakwa.
“Bagi mengelakkan (perkara) ini (berlaku), kita wjib menang dengan dominan di dalam PRU15 ini saudara dan saudari,” kata Zahid.
Ucapan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudian tersebar meluas di
media sosial dan mengundang banyak perhatian netizen termasuk pemimpin
politik lain.
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, ucapan Zahid itu disifatkan sebagai ‘sangat jujur’ bahawa BN nekad mahu mengadakan PRU15 bagi menyelamatkan ‘kluster mahkamah.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago juga mendakwa kegelojohan Zahid mendesak PRU15 diadakan segera adlaah bagi memulihkan reputasi pemimpin UMNO itu sendiri.
Bagaimanapun, Presiden MIC, SA Vigneswaran tampil membidas dakwaan itu dan mendakwa pembangkang cuba memutarbelitkan ucapan Zahid.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment