UNITED STATES, 28 Oktober 2022 – Syarikat teknologi terkemuka, Apple Inc. yang telah mengemaskini sistem pengendalian Iphone pada awal bulan lalu dalam satu laporan mengeluarkan amaran kepada berjuta pengguna iPhone dan MacBook di seluruh dunia mengenai risiko kelemahan keselamatan yang menyebabkan pelanggan terdedah kepada ancaman siber.
Menurut berita tempatan, Apple mendedahkan beberapa kelemahan keselamatan yang serius untuk iPhone, iPad dan Mac yang berpotensi membenarkan penyerang mengawal sepenuhnya peranti.
Oleh itu, syarikat teknologi gergasi tersebut menggesa kesemua pengguna iPhone untuk mengemaskini sistem pengendalian iPhone mereka kepada (iOS 16.1) dengan kadar segera bagi mengekalkan keselamatan gajet para pengguna.
“Mengemakini perisian adalah salah satu perkara terpenting yang boleh anda lakukan untuk mengekalkan keselamatan produk Apple anda,” maklum laporan antarabangsa.
Rachel Tobac, Ketua Pegawai Eksekutif SocialPro Security memaklumkan, syarikat berkenaan menjelaskan bahawa ‘kelemahan keselamatan’ bermaksud penggodam berupaya mendapatkan akses penuh sebagai pentadbir ke atas peranti-peranti yang disenaraikan. Ia membolehkan penggodam menyamar sebagai pemilik peranti dan kemudiannya menjalankan sebarang perisian atas nama mereka.
Dalam pada itu, syarikat perisian pengintip komersial seperti Kumpulan NSO Israel diketahui gemar mengambil kesempatan daripada kelemahan tersebut, mengeksploitasi perisian secara diam-diam menggodam telefon pintar sasaran, mengambil data dan mengawasi sasaran dalam masa yang sama, lapor berita antarabangsa.
Kumpulan NSO tersebut dikatakan telah disenarai hitam oleh Jabatan
Perdagangan AS kerana perisian pengintipnya dikesan telah digunakan di
Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin terhadap wartawan,
penentang dan aktivis hak asasi manusia.
....
https://www.samudera.my
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment