Perikatan Nasional (PN) berjanji membayar royalti minyak sepenuhnya kepada Kelantan sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas PRU ke-15 nanti.
Perkara itu dilontarkan Pengerusi PN Muhyiddn Yassin ketika berucap pada majlis himpunan penyatuan ummah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.
Menurutnya, segala yang menjadi hak kerajaan Kelantan akan dibayar sepenuh dan sewajarnya.
"Waktu pentadbiran PN kita tidak ragu. Janji kita adalah apa yang menjadi hak Kelantan seperti royalti, kita akan bagi sepenuhnya.
"Itu janji kita yang kita akan laksanakan sekiranya kita menang di Kelantan dan PN dapat mentadbir negara.
"Malah, pada 2020 hingga 2021, kita sudah serahkan bayaran royalti kepada Kelantan sebanyak RM400 juta," katanya.
Program sempena sambutan 32 tahun pentadbiran membangun bersama Islam itu turut dihadiri Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob.
Sebagai rekod tuntutan royalti minyak adalah perkara yang diperjuangkan kerajaan Kelantan sejak pemerintahan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi dan sehingga kini ia dikatakan belum penuhi kerajaan persekutuan.
Pada awal tahun ini kerajaan Kelantan menjelaskan, negeri itu masih merundingkan bayaran wang royalti petroleum bersama Putrajaya.
Justeru katanya wang bernilai RM400 juta yang diberikan kerajaan pusat kepada Kelantan sebelum ini merupakan wang ihsan dan bukanlah bayaran tunai royalti petroleum seperti yang pernah dituntut sebelum ini.
Bagaimanapum Menteri Kewangan sementara Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika itu memaklumkan kerajaan Kelantan memperolehi peruntukan RM400 juta hasil daripada petroleum pada 2020 dan 2021.
Katanya, jumlah itu merangkumi lima peratus daripada hasil pengeluaran medan-medan pengeluaran minyak yang berdekatan negeri itu.
"Apa yang penting peruntukan secara langsung diterima sebelum 2019 berjumlah RM28 juta, di bawah kerajaan kerajaan sekarang kita salurkan RM200 juta pada 2020 dan 2021 kepada Kelantan iaitu lima peratus, kita tak ambil satu sen pun," katanya.
Sementara itu Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri berkata, PN turut berjanji akan menguruskan masalah rakyat dengan sebaik mungkin sekiranya dapat menerajui negara selepas pilihan raya umum nanti.
"Sekiranya PN menang dan mentadbir negara, perkara pertama saya akan buat dalam jemaah mengeri adalah kita akan bincang bagaimana kerajaan nak menguruskan masalah rakyat.
"Kita mesti bersikap amanah dan akan menggalas tanggungjawab dengan baik, rakyat akan menjadi keutamaan kita," jelasnya yang juga presiden Bersatu.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment