NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jika GTA serius mahu bergabung dengan PN, perlu ada perbincangan rasmi kata Wan Saiful


KUBANG PASU:
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) mengalu-alukan hasrat Gerakan Tanah Air (GTA) untuk bergabung bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan berlansung 19 November ini.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, sekiranya GTA serius, perbincangan rasmi perlu disegerakan kerana tempoh untuk menghadapi PRU15 sudah sampai ke saat akhir.

Menurut beliau, pintu Bersatu dan PN sentiasa terbuka sekiranya sesiapa sahaja berhasrat menyertai gabungan seiring dengan wadah perjuangan bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini.

“Pintu rundingan ini kita tak pernah tutup, tapi di waktu yang sama kita juga mesti memuktamadkan proses menamakan calon kita.

“Dalam Bersatu, prosesnya sudah sampai ke peringkat akhir dan pandangan saya sekiranya kita sudah sampai ke peringkat akhir menamakankan calon, maka pada masa itu mungkin agak sukar untuk kita mengadakan perbincangan dengan parti parti lain. Setakat ini belum ada perbincangan yang serius yang berlaku,” kata Wan Saiful.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bersama MyKasih Foundation di Lotus Jitra, di sini, pada Khamis.

Wan Saiful berkata, setakat ini beliau hanya dimaklumkan terdapat beberapa kenyataan secara terbuka tentang hasrat daripada pemimpin GTA di media massa namun belum ada usaha untuk bertemu dan berbincang.

Beliau berkata, mana-mana parti yang berhasrat untuk bergabung perlu juga memahami prinsip PN dengan jelas.

Gabungan dalam PN, tegas Wan Saiful, mahukan kerajaan yang berintegriti, berwibawa dan kerajaan yang bersih daripada rasuah.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo