NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jerman rancang benarkan ganja untuk rekreasi

Aktivis berdemonstrasi meminta kerajaan Jerman membenarkan penggunaan ganja untuk rekreasi di Berlin pada Ogos lalu. - Foto AGENSI

BERLIN: Kerajaan gabungan Jerman bersetuju terhadap rancangan untuk membenarkan penggunaan ganja untuk rekreasi dalam kalangan orang dewasa di negara itu.

Pemilikan sehingga 30 gram bahan terbabit untuk penggunaan persendirian akan dibenarkan, manakala kedai dan farmasi berlesen akan menjualnya.

Bagaimanapun, rancangan itu masih belum mendapat kelulusan Parlimen, namun sudah menerima lampu hijau daripada Suruhanjaya Eropah. 

Menteri Kesihatan, Karl Lauterbach, berkata rancangan berkenaan akan menjadi undang-undang pada 2024.

Di Kesatuan Eropah (EU), hanya Malta yang membenarkan ganja untuk rekreasi.

Belanda tidak pergi 'sejauh' seperti yang dirancang oleh Jerman dengan di bawah undang-undang negara itu, penjualan ganja dalam kuantiti kecil di 'kedai kopi' dibenarkan.

Jerman turut merancang untuk membenarkan penanaman tiga tanaman kanabis di rumah bagi setiap individu dewasa.

Ura-ura untuk melaksanakan langkah berkenaan terkandung dalam manifesto kerajaan gabungan terbabit, yang diumumkan tahun lalu.

Social Democrats (SPD) menerajui gabungan itu bersama Greens dan Free Democrats yang liberal sebagai rakan gabungan.

Beberapa negara membenarkan penggunaan terhad bagi ganja untuk tujuan perubatan. 

Kanada dan Uruguay turut membenarkan ganja untuk rekreasi.

Di Amerika Syarikat (AS) pula, sebanyak 37 negeri dan Washington DC membenarkan ganja bagi perubatan, manakala 19 negeri meluluskan bahan itu bagi tujuan rekreasi. 

Ia mewakili lebih 40 peratus populasi AS. - AGENSI


Sumber I bHOnline



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo