Jabatan Penjara hari ini menegaskan tiada sebarang rakaman video dibuat oleh mana-mana agensi media melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun bagi kes penyelewengan puluhan juta dana SRC International.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata hasil semakan video yang tular di media sosial itu menunjukkan ia dirakam lebih awal (RTM) untuk digunakan secara bersiri sempena Kembara Keluarga Malaysia sebelum Najib dihantar ke penjara.
"Video yang ditayangkan di TV1 pada 24 Oktober 2022 menceritakan tentang sejarah dan latar belakang Pekan, Pahang dan tidak berkaitan dengan politik," tambahnya.
“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan maklumat tanpa semakan lanjut.
"Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu yang tidak bertanggungjawab."
Sebelum ini, tular di media sosial berhubung video tersebut di mana ramai yang mendakwa rakaman itu adalah bukti Najib diberikan ruang bersiaran semasa berada di penjara.
Video itu juga didakwa menjadi sebahagian daripada slot eksklusif yang diterbitkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment