SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail bersedia bertanding di peringkat Parlimen jika diberi kepercayaan oleh Majlis Pimpinan PKR.
Beliau berkata, pengalamannya sebagai ADUN Batu Tiga selama tiga penggal boleh dijadikan sandaran terbaik untuk bertanding di peringkat tersebut.
“Buat masa ini saya kekal di DUN Batu Tiga. Saya mengambil pendekatan soal calon diputuskan oleh parti.
“Jika diperlukan khidmat saya atau ditawarkan (kerusi Parlimen) saya akan terima tawaran tersebut,”katanya selepas Majlis Pelancaran Aplikasi Komuniti Bisnes GM Klang di sini hari ini.
Rodziah yang juga sekretariat pemilihan calon PKR berkata, teka-teki siapa calon parlimen bagi parti tersebut akan terjawab pada 28 Oktober ini apabila Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai yang bertanding dalam satu majlis di Taman Kosas Ampang.
Mengulas langkah seterusnya jika tidak terpilih sebagai calon Parlimen, Rodziah berkata, beliau terus membantu parti selaras ketetapan yang diputuskan oleh pucuk pimpinan.
“Saya rasa, biarkan pada pihak parti (membuat keputusan soal calon Parlimen) kerana mungkin pengalaman saya selama tiga penggal di peringkat DUN boleh membantu pentadbiran di peringkat Putrajaya,”katanya.
Mengulas mengenai kemungkinan beliau bertanding di Parlimen Shah Alam, katanya, kerusi tersebut adalah kuota untuk Parti Amanah Negara (Amanah).
“Rundingan antara gabungan Pakatan Harapan (PH) menetapkan kuota Parlimen Shah Alam adalah milik Amanah, jadi tidak timbul isu saya bertanding di Shah Alam. Biarlah Amanah menentukan siapa pengganti Khalid.
“Soal siapa bakal calon Parlimen Shah Alam kita serahkan kepada pimpinan Amanah menentukannya,” katanya. – UTUSAN
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment