NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Ekonomi di Kedai Kopi

ISU EKONOMI DI KEDAI KOPI

Pakcik-pakcik di kedai kopi mungkin sering bercakap tentang politik dan jarang membincangkan tentang isu ekonomi secara mendalam.

Yang mereka tahu, orang politik akan beri kesan kepada ekonomi mereka dan keluarga.

Memang itulah hakikatnya kerana hala tuju ekonomi negara akan ditentukan oleh pimpinan politik yang dipilih.

Contoh mudah, 

Tun Abdul Razak merangka polisi memperkasakan ekonomi orang Melayu dengan membuka tanah-tanah rancangan. 

Bermula dari situ lahirnya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi membasmi kemiskinan melalui penanaman kelapa sawit dan getah.

Begitu juga di Kelantan, kerajaan negeri yang ditadbir PAS mewujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Kelantan (LKTN) di bawah Enakmen Undang-Undang Kemajuan Tanah 1959.

LTKN memberi penekanan kepada penggunaan tenaga peneroka secara maksimum dengan perbelanjaan minimum. Pemohon diberi tanah seluas 6 ekar untuk ditanam getah.

Oleh itu, amat penting untuk rakyat memilih pemimpin yang mampu menyelesaikan isu ekonomi setempat terutama golongan luar bandar yang sering tercicir dalam pembangunan negara.

Jangan didefinisikan pembangunan itu secara ‘literal’. 

Pembangunan ialah proses perubahan daripada peringkat kurang maju kepada yang lebih maju dalam aspek pemikiran ataupun fizikal dan persekitaran.

Dengan kata lain, pembangunan luar bandar juga perlu menyentuh isu pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas rakyat.

Segala aspek ini insya-Allah akan diperhalusi dan diangkat oleh Perikatan Nasional bagi membantu golongan luar bandar terutama generasi kedua dan seterusnya. 

Sebelum ini, Perikatan Nasional telah melancarkan Program Mendayakan Ketersambungan Luar Bandar dan Merapatkan Jurang Digital Dengan TV White Space bagi menyelesaikan isu jalur lebar.

Banyak lagi tawaran penyelesaian perlu dan boleh digerakkan.

Dengan ada kemahuan politik maka rancangan kemajuan pasti dapat diwujudkan. Dan segalanya berpangkal daripada undi setiap pemilih. 

Undilah Perikatan Nasional. Bersih dan stabil. Sememangnya BeSt!

#BersihdanStabil
#MalaysiaSejahtera

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo