NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isteri tenang saat suami diserang kekasih, “Kuat betul semangat!”

Isteri tenang saat suami diserang kekasih, “Kuat betul semangat!”

Isteri tenang saat suami diserang kekasih, “Kuat betul semangat!”. Tular di media sosial mengenai seorang lelaki diserang teman wanitanya semasa berada di sebuah pusat beli-belah bersama isteri dan juga anaknya kerana dikatakan curang.

Nak tengok wayang dengan keluarga

Kejadian itu berlaku selepas lelaki tersebut bersama dengan isterinya sedang menunggu untuk menonton wayang di pawagam sebelum seorang wanita dipercayai kekasihnya mengecam wajah semasa lalu-lalang di kawasan yang berdekatan.

Isteri tenang saat suami diserang kekasih, “Kuat betul semangat!”

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok itu, wanita berkenaan meninggikan suara dengan lelaki tersebut manakala isterinya yang sedang memegang anak kelihatan bersahaja semasa kecohan itu berlaku.

Siap tunjuk bukti perbualan

Wanita itu juga sempat menunjukkan mesej perbualannya bersama lelaki berkenaan sehingga menyebabkan keadaan semakin tegang dengan pergaduhan tersebut.

Disebabkan ianya semakin kecoh di hadapan khalayak ramai, dua pengawal keselamatan dilihatkan terpaksa ‘campur tangan’ untuk membantu mengawal keadaan sekaligus meleraikan pergaduhan tersebut.

‘Diam ada makna’

Perkongsian insiden itu mendapat pelbagai reaksi netizen di bahagian komen yang kebanyakannya bersimpati dengan isteri lelaki berkenaan kerana terpaksa menyaksikan kecurangan lelakinya di depan mata.

Malah, ada juga yang memuji sikap tenang wanita itu walaupun diasak dengan dugaan dalam perkahwinan apatah lagi di tempat awam dengan bilangan orang yang ramai.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo