PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai menendang isterinya hingga cedera kerana berang selepas wanita itu mengajaknya ke mahkamah syariah untuk memfailkan perceraian dalam kejadian di Taman Uda Ampang semalam.
Akibat kejadian itu, mangsa yang juga seorang guru tadika berusia 30 tahun cedera di paha dan pinggang.
Ketua Polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa pada mulanya ke rumah ibu mertuanya pada jam 10.30 pagi untuk bertemu dengan suaminya yang berusia 29 tahun.
“Mangsa berjumpa dengan suaminya sebelum mengajak suspek untuk pergi ke mahkamah bagi tujuan memfailkan perceraian.
“Suspek yang tidak berpuas hati dan naik berang dengan sikap isteri terus menendang mangsa di bahagian paha dan pinggang mangsa sebanyak dua kali,” katanya dalam kenyataan.
Farouk berkata, susulan itu, polis menahan suspek jam 6.20 petang sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Katanya, suspek bekerja sebagai jurujual dan sudah berkahwin dua tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan bulan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment