MOSUL: Ahli arkeologi dalam misi di Mosul, Iraq menemui istana purba Assyria di kedudukan bawah makam Nabi Yunus.
Ketika ini kerja-kerja penggalian sedang giat dijalankan, dan pasukan itu berjaya menyusun dimensi istana termasuk ruang takhta.
Misi diketuai kumpulan dari Jerman serta beberapa negara lain itu digerakkan beberapa tahun lalu selepas dilaporkan terdapat runtuhan yang dimusnahkan kumpulan militan Daish.
Militan Daish dilaporkan meletupkan makam Nabi Yunus pada 2014 selepas menguasai bandar itu.
Kumpulan itu sebelum ini menggali terowong ke sisi bukit di bawah kuil yang membawa kepada penemuan istana seorang raja Assyria purba yang memerintah kira-kira 2,700 tahun lalu.
Kini terowong berkenaan sedang digunakan ahli arkeologi untuk mengumpulkan maklumat mengenai istana itu.
Artifak kuno dan lembu jantan serta singa bersayap ditemui dalam terowong itu dan dianggap sebagai sebahagian daripada istana Raja Esarhaddon.
Kerja-kerja penggalian dijangka berlangsung sehingga akhir tahun ini.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment