NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ismail Sabri Silap Umum KJ Kekal Menteri


Datuk Seri Ismail Sabri tersilap apabila mengumumkan Khairy Jamaluddin akan kekal sebagai Menteri jika beliau dipilih semula sebagai Perdana Menteri.

Pertamanya, Khairy Jamaluddin bukanlah watak digemari para penyokong BN yang boleh membantu menaikkan imej beliau.

Ini adalah individu yang pernah bertindak umpama ‘duri dalam daging’ buat BN khususnya UMNO selepas PRU-14.

Semasa BN berusaha bangkit, melawan segala tohmahan lawan dan mendedahkan kepincangan kerajaan PH, beliau berlagak sebaliknya.

Beliau mengiyakan segala tuduhan lawan BN, malah menghentam, mengkritik pimpinan BN secara terbuka.

Kedua, alasan Ismail Sabri mahu mengekalkan Khairy bagi memastikan segala perancangan berkaitan Kementerian Kesihatan dapat dilaksanakan menimbulkan tanda tanya.

Apakah itu bermaksud barisan Kabinet sedia ada termasuk daripada PN akan dikekalkan jika beliau kembali sebagai Perdana Menteri?

Bagi memastikan segala perancangan kerajaan campuran beliau di peringkat kementerian sebelum ini dapat dilaksanakan dan direalisasikan.

Jika itu berlaku maka apakah maknanya Parlimen dibubarkan bagi membolehkan rakyat membentuk sebuah kerajaan baharu?

Rakyat mahukan PRU-15 kerana mereka mahu sebuah kerajaan yang lebih mantap dan berkesan untuk mendepani risiko kemelesetan ekonomi global.

Memulihkan ekonomi negara sekali gus menjamin kemakmuran dan kesejahteraan hidup rakyat.

Kenyataan Ismail Sabri Itu namun mengambarkan sebaliknya iaitu kerajaan selepas PRU-15 adalah kerajaan yang dibubarkan.

Seandainya itulah impian dan cita-cita BN, maka seharusnya BN muhasabah diri apabila mendesak PRU-15 diadakan.

Rakyat tentunya akan marah. Kesimpulannya BN perlu mengelak Ismail Sabri dipilih sebagai Perdana Menteri jika menang PRU-15.

Masih ramai pimpinan BN yang jauh lebih layak berbanding Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri atau Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo