ISTANBUL, 17 Oktober 2022 – Imam Saudi dan qari al-Quran, Abdullah Basfar dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun setelah rakaman lama beliau menjadi imam di masjid terkenal Hagia Sophia tular kembali atas talian.
Lapor berita antarabangsa, Abdullah telah ditangkap sejak Ogos 2020 selepas video tersebut yang dirakam pada tahun 2014 tersebar. Beliau ditahan dalam tahanan pra-perbicaraan selama dua tahun tanpa pertuduhan yang jelas dan sering diganggu oleh penyiasat.
Beliau kemudiannya dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara pada Rabu minggu lalu, hanya kerana menerima jemputan untuk mengetuai solat di perkarangan masjid Hagia Sophia.
Dalam pada itu, Organisasi Hak Asasi Saudi, Prisoners of Conscience
menerusi sebuah ciapan menegaskan, “Kami mengecam hukuman yang dikenakan
terhadap Sheikh Abdullah Basfar, pemilik suara merdu dalam bacaan
al-Quranul Karim, dan kami menyeru pihak berkuasa untuk membebaskannya
tanpa syarat.”
VIDEO
https://twitter.com/i/status/1580858965335986176
Sheikh Abdullah mengimamkan solat di masjid itu pada tahun 2014 ketika hubungan diplomatik antara Arab Saudi dan Turkiye dalam keadaan yang tidak begitu baik. Hubungan antara kedua negara terjejas setahun sebelumnya selepas Presiden Mesir Abdel Fatah al-Sisi menggulingkan presiden pertama Mesir, Mohamed Morsi yang dipilih secara demokrasi.
Sehubungan itu, hubungan diplomatik dua negara tersebut terputus selama bertahun-tahun sehingga Ankara dan Riyadh mula berbincang untuk menyambung hubungan pada 2021.
Mengulas lanjut, Abdullah Basfar merupakan seorang tokoh agama yang terkenal di Arab Saudi. Beliau juga pernah memegang jawatan Profesor Madya dalam bidang Syariah dan Pengajian Islam di Universiti King Abdulaziz di Jeddah.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment