Isu beg sekolah anak berat sering diperkatakan sejak dua menjak ini memandangkan ada rungutan daripada para ibu bapa. Mana tidaknya, rungutan itu mungkin berpunca daripada luahan anak-anak mereka sendiri yang mengalami perkara tersebut.
Tetapi sebagai ibu bapa, kita tidak boleh menyalahkan satu pihak sahaja. Namun, perlu meneliti terlebih dahulu punca-puncanya beg sekolah anak berat.
Seperti satu keadaan yang boleh diceritakan, seorang ibu geram apabila anaknya terpaksa menggalas beg sekolah yang berat hari-hari.
Namun, bila selongkar beg, rupa-rupanya ada juga benda yang tak patut dibawa pun ke sekolah.
Ibu tersebut kadang-kadang rasa kesian juga dengan anaknya itu. Tiap kali nak ke sekolah mesti kena bawak beg berat-berat. Bila dia tengok dalam beg anaknya, ada juga benda yang tak penting dibawa ke sekolah. Memang berat la beg dia.
Perkara tersebut membuatkan ibu tersebut tertanya-tanya. Penting sangat ke benda ni dibawa ke sekolah?
Buku kerja yang bukan daripada KPM perlu dibawa atau tidak?
Walaupun kedengaran agak pelik, jangan pula kita fikir bukan-bukan kerana benda yang dibawa oleh anak tersebut bukanlah barang yang dilarang dibawa. Cuma, ia tidak sepatutnya dibawa kerana tidak akan digunakan.
Kalau korang nak tahu, benda tersebut adalah buku kerja yang bukan daripada KPM.
Mengikut pendekatan yang dirangka oleh KPM bagi mengatasi isu beg berat, buku kerja bukan daripada KPM tidak akan digunakan pada waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP), tapi masih boleh digunakan di rumah atau di luar waktu PdP.
Oleh yang demikian, ibu bapa juga harus main peranan untuk memastikan anak-anak tidak terbawa buku yang tidak sepatutnya supaya dapat dikurangkan berat beg.
Pendekatan KPM tangani isu beg berat
Sebenarnya, bukan itu sahaja pendekatan yang KPM lakukan untuk atasi beg berat. Antara yang lain adalah penggunaan lokar untuk persekolahan dua sesi.
Untuk maklumat korang, sesi penyerahan lokar Fasa 1 telahpun selesai pada 5 Oktober 2022 yang lalu dan melibatkan YB Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin di Sekolah Kebangsaan Gombak Setia, Kuala Lumpur.
Pembekalan lokar Fasa 1 ini melibatkan sebanyak 626 sekolah. Daripada jumlah itu, terdapat seramai 249,646 murid yang bakal menerima lokar di dalam bilik darjah masing-masing.
Selain itu, ada juga pendekatan tangani isu beg berat yang lain seperti menyimpan buku di dalam laci meja masing-masing. Pendekatan ini akan dikhususkan untuk sekolah satu sesi seperti di negeri Perlis, Melaka, Kelantan dan WP Labuan.
KPM juga akan menyelaraskan semula jadual waktu supaya mengandungi tiga hingga empat mata pelajaran sahaja sehari mengikut kaedah pelaksanaan yang sesuai bagi sekolah. Menariknya, sekolah juga diberi kelonggaran untuk menyediakan jadual waktu secara mingguan.
Bukan itu sahaja, KPM turut menggariskan hanya dua buah buku latihan sahaja dibenarkan untuk setiap mata pelajaran pada satu-satu masa dan ianya hendaklah kurang daripada 80 muka surat.
Diharapkan pendekatan-pendekatan ini dapat mengurangkan isu beg berat yang sememangnya membebankan murid-murid.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment