NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Husam Musa disingkir daripada Calon PRU-15 oleh AMANAH


Bekas naib presiden Amanah, Husam Musa, dikhabarkan tidak dicalonkan untuk bertanding mana-mana kerusi parlimen di Kelantan setakat ini.

Seorang aktivis Save Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz, memberi gambaran berhubung perkara itu melalui hantaran di Facebook semalam.

"Takziah Dato Husam Musa, pengerusi Save Kelantan merangkap Ketua Amanah Kota Bharu tidak tercalon kerusi Parlimen pada PRU ke-15 nanti di Kelantan," katanya ringkas.

Melalui Amanah-Pakatan Harapan (PH), dia yang pernah mejadi exco kanan Kelantan diletakkan untuk bertanding di kawasan parlimen Kota Bharu pada 2018.

Bagaimanapun dia tewas kepada calon PAS, Takiyuddin Hassan dengan majoriti 5,869 undi.

Sebagai rekod pada Sept 2020, dia meletakkan jawatan naib presiden Amanah dan kemudiannya aktif bergerak bersama Save Kelantan.

Sementara itu difahamkan Amanah akan mempertaruhkan Ketua Wanita Amanah Kelantan Dr Hafidzah Mustakim sebagai calon di Kota Bharu.

# BEBERAPA ORANG ORANG KUAT PAS YANG KHIANAT PERJUANGAN ISLAM TERSINGKIR DALAM ARENA POLITIK. AMANAH MAKIN DIKUASA OLEH IKRAM


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo