NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hijab Diisytihar Haram Di Sekolah Karnataka


KARNATAKA, 15 Oktober 2022
– Mahkamah Agung India kekal dengan keputusan untuk mengharamkan pemakaian hijab di sekolah dan kolej di negeri Karnataka, India.

Larangan berhijab itu yang telah bermula sejak Februari lalu telah mencetuskan bantahan yang meluas dalam kalangan pelajar dan masyarakat Islam diikuti dengan kecaman daripada warga global.

Menurut satu laporan daripada media antarabangsa, salah seorang hakim Mahkamah Agung, Sudhanshu Dhulia berkehendak untuk melucut larangan pemakaian hijab itu kerana baginya berhijab merupakan satu pilihan.

Namun seorang lagi hakim, Hemant Gupta bertegas untuk mengekalkan larangan tersebut.

Percanggahan pendapat itu sekali gus meletakkan larangan itu kekal berkuat kuasa berikutan pihak hakim gagal untuk memberi keputusan yang jelas berhubung rayuan terhadap larangan itu.

Februari lalu, pihak atasan kolej di Karnataka menghalang pelajar-pelajar Muslimah dari memasuki kolej hanya kerana mereka memakai hijab.

Malah, kumpulan Hindu di negara itu turut menggesa agar pengharaman pemakaian hijab diperluas hingga ke seluruh negara India dan bukan di Karnataka sahaja.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo