KUALA LUMPUR: Sebarang mekanisma yang digunakan untuk menapis calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak akan berkesan jika calon itu `tidak bersih' di mata rakyat.
Profesor Sains Politik, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Felo Akademi Sains, Prof Datuk Dr Jayum Anak Jawan, berkata rakyat sudah matang dan tidak akan menerima bulat-bulat senarai calon daripada mana-mana parti yang mengatakan mereka bersih.
"Pandangan dan tanggapan rakyat penting dan bukan retorik mana-mana pemimpin dan parti.
"Rakyat tidak akan menerima senarai calon mana-mana parti yang mengatakan mereka itu bersih selagi rakyat berpandangan bahawa mereka tidak bersih," katanya kepada BH.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa semua senarai calon Barisan Nasional (BN) bukan sahaja disaring polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malah membabitkan pejabat agama.
Katanya, semakan itu bertujuan memastikan urusan pernikahan calon dibuat mengikut undang-undang bagi mengelakkan sebarang isu timbul kelak.
Prof Jayum berkata, undang-undang berkaitan pilihan raya menggariskan beberapa perkara, antaranya individu yang cukup umur mengundi, layak untuk menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya, selain itu orang yang didapati bersalah dan dihukum penjara maksimum setahun atau dihukum lebih RM2,000, tidak boleh jadi calon.
"Selain daripada yang dinyatakan di atas, syarat lain boleh diletakkan oleh seorang ketua parti. Namun, itu
adalah tapisan parti dan bukan berdasarkan undang-undang PRU," katanya.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment