NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hajat skuad remaja negara tak kesampaian

Pemain negara, Abd Razak Syawal (kanan) diasak pemain Afrika Selatan, Neethling Hans (kiri) pada aksi Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru hari ini. - Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Impian skuad negara menamatkan saingan pada Kejohanan Bawah 21 tahun (B-21) Piala Sultan Johor edisi ke-10 di tempat kelima tidak kesampaian apabila tewas 2-3 kepada Afrika Selatan dalam aksi di Stadium Hoki Taman Daya, di sini, petang tadi.

Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian Muhamad Amin Rahim berada di tempat keenam dan terakhir.

Dalam aksi berkenaan, seawal minit ketujuh suku pertama, skuad negara terlepas peluang mendahului Afrika Selatan apabila bola tolakan Danish Aiman Khairil Anuar gagal dipukul kemas ketika Hazreeq Alief Rosli hanya berdepan penjaga gol, Reece Govender.

Sebaliknya skuad kendalian Guy Elliott mengambil kesempatan untuk di depan pada minit ke-11 selepas Niel Raath mudah menyempurnakan pukulan sudut penalti menewaskan Amir Muhaimin.

Bagaimanapun, Afrika Selatan tersentap dengan gol penyamaan skuad remaja negara selang seminit kemudian selepas kapten Amirul Haniff Mamat menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti.

Anak didik Elliott kembali berada di depan pada minit ke-25 apabila Hans Neethling pantas mengambil kesempatan menolak bola masuk ke gawang gol ketika berlaku kekalutan di kawasan D.

Memasuki suku ketiga babak kedua, skuad negara tampak menggandakan asakan dalam usaha memburu gol penyamaan, namun masih buntu menjaringkan gol selepas Govender beraksi cemerlang menjaga gawang apabila menafikan percubaan berbahaya anak didik Muhamad Amin.

Namun pada minit ke- 36 skuad remaja negara terus ketinggalan dengan kedudukan 1-3 selepas Raath mencipta gol kedua peribadi apabila mudah menyempurnakan penalti.

Skuad remaja negara merapatkan jurang gol ketika aksi berbaki empat minit untuk ditamatkan selepas Zulhanif meledak gol menerusi pukulan sudut penalti namun sudah terlewat tatkala kedudukan 3-2 yang memihak Afrika Selatan kekal sehingga tamat perlawanan.

Ketika ditemui Muhamad Amin sendiri mengakui kelemahan menyudahkan pukulan sudut penalti masih belum sempurna dan akan memperbaiki selepas pemain kembali menjalani latihan selepas diberi rehat selama dua minggu.

"Daripada enam pukulan sudut penati yang kita dapat 40 peratus berjaya menghasilkan jaringan. Saya tetap berpuas hati meskipun masih ada kelemahan dari aspek menahan bola yang saya lihat agak kelam-kabut.

"Secara keseluruhan saya gembira dengan penyudah pukul sudut penalti pada kejohanan ini. Biarpun kurang latihan dan pendedahan aksi antarabangsa mereka mampu pamer permainan yang baik terutama Shahmie Irfan Suhaimi walaupun jarang ambil pukulan sudut penalti.

"Mereka akan diberi rehat selama dua minggu. Hanya penjaga gol, Amir Muhaimin (Ahmad Mustaqiem) dan Syawal (Abd Razak) tidak akan menjalani latiha bagi persiapan Piala Dunia Remaja kerana melepasi had umur manakala 40 hingga 50 akan hadir bagi pemilihan terbuka," kata Muhamad Amin.


Sumber I BH Online



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo