WASHINGTON: Maklumat perisikan yang sangat sensitif mengenai Iran dan China terkandung dalam beberapa dokumen yang ditemui Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) semasa kediaman bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Florida, digeledah pihak berkuasa.
Memetik laporan The Washington Post semalam, pihaknya memperoleh sumber laporan daripada orang yang rapat dengan maklumat berkenaan.
Dokumen itu mengandungi dokumen rahsia yang menunjukkan kerja risikan mengenai China dan berkenaan dengan program peluru berpandu Iran.
Laporan itu mendedahkan, ia boleh dianggap sebagai antara maklumat paling sensitif yang pernah dirampas FBI.
Pakar menyifatkan penerbitan maklumat sedemikian dalam dokumen itu akan mencetuskan pelbagai risiko, termasuk membahayakan individu yang membantu usaha perisikan AS serta boleh menjejaskan usaha pengumpulan.
Jabatan Kehakiman sedang menjalankan siasatan sama ada Trump melanggar undang-undang kerana membawa rekod kerajaan, termasuk merangkumi kira-kira 100 dokumen sulit ke kediamannya di Florida selepas meninggalkan jawatan itu pada Januari 2021.
Selain itu, jabatan itu juga sedang meneliti sama ada Trump atau pasukannya ada menghalang perintah urusan menjalankan keadilan apabila FBI menghantar ejen untuk menggeladah rumahnya.
Terdapat amaran bahawa lebih banyak dokumen sulit mungkin masih hilang. - AGENSI
#SAMA KEBIMBINGAN KITA APABILA PH MENGUASA NEGARA
BANYAK MANA RAHSIA KETENTERAAN HILANG?
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment