GREECE, 25 Oktober 2022 – Ribuan manuskrip dari era Uthmaniyyah telah ditemukan di sebuah biara zaman pertengahan Greek. Ini termasuklah manuskrip tertua di dunia yang berada dalam kategori yang sama.
Para penyelidik mula menjumpai penemuan yang amat berharga ini buat kali pertama di biara Pantokrator yang bertempat di kawasan biara masyarakat Kristian Ortodoks Gunung Athos, yang mana kewujudan artifak tersebut sebelum ini langsung tidak diketahui.
Niehoff-Panagiotidis, seorang profesor di Free Universiti, Berlin telah mengatakan bahawa dalam kalangan manuskrip yang ditemui di mana jumlah keseluruhannya adalah sekitar 25,000 unit, manuskrip yang paling lama adalah yang dianggarkan ditulis pada sekitar tahun 1374 atau 1371.
Menurutnya lagi, “Dokumen pertama yang memberi gambaran mengenai fasa pertama sejarah Uthmaniyyah adalah tersimpan di sini, di Gunung Athos.”
Beliau juga menyatakan bahawa adalah mustahil untuk memahami ekonomi dan masyarakat di bawah pemerintahan Uthmaniyyah di Gunung Athos tanpa merujuk kepada dokumen-dokumen daripada manuskrip tersebut.
Menurutnya lagi, merujuk kepada dokumen tersebut, pemerintahan Uthmaniyyah ketika itu amat menjaga pentadbiran Gunung Athos. Bahkan Uthmaniyyah tidak sama sekali menempatkan tentera mereka di sana, namun mereka menggunakan wakil dari kalangan masyarakat tempatan.
Beliau juga turut membuat kenyataan bahawa sultan yang memerintah
kerajaan Uthmaniyyah ketika itu pernah menggariskan undang-undang yang
ketat bagi melindungi biara tersebut daripada sebarang kekacauan.
....
https://www.samudera.my
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment