NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Elak Bantut, Kempen Sebiji Telur Sehari


JAKARTA, 17 Oktober 2022 –
“Pengambilan sebiji telur sehari dapat memenuhi keperluan protein badan, sekali gus membantu mengelakkan masalah kanak-kanak terbantut,” kata Ketua Agensi Makanan Negara (NFA) Indonesia, Arief Prasetyo Hadi.

Ujarnya, sempena Hari Telur Sedunia, agensi itu membuat keputusan untuk mempergiat kempen mempromosi pengambilan telur ayam sekurang-kurangnya sekali sehari sebagai sebahagian daripada usaha memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak dan mencegah tumbesaran terbantut.

Telur antara sumber protein yang boleh diperolehi pada harga berpatutan dan mudah dimasak.

Perkara ini turut disahkan oleh Kementerian Kesihatan negara itu yang menyatakan, selain membekalkan nutrien kepada wanita hamil, telur juga baik untuk mengekalkan kesihatan janin kerana ia mengandungi kolin, yang penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan otak janin.

Selain itu, wanita hamil juga digalakkan untuk mengambil telur rebus dan tidak mengambil lebih dua biji telur sehari.

Menurut laporan Tinjauan Akhir 2017 Program Makanan Sekolah Indonesia (Pro-GAS) yang dimuat naik dalam laman web Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP), petunjuk pemakanan Indonesia mendedahkan, satu daripada tiga kanak-kanak berumur bawah lima tahun terbantut.

Selain itu, rakyat Indonesia juga menghadapi masalah kekurangan zat makanan, berat badan berlebihan dan obesiti.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo