KELAB Liga Kejuaraan, Middlesbrough melantik bekas pengendali sementara Manchester United, Michael Carrick sebagai pengurus baharu The Boro, kata kelab itu pada Isnin, sekali gus peranan pertamanya sebagai pengurus tetap.
Carrick meninggalkan United pada Disember tahun lalu setelah mengambil alih tugas sementara selepas pemecatan pengendali dari Norway, Ole Gunnar Solskjaer.
Bekas pemain tengah England berusia 41 tahun itu menggantikan Chris Wilder yang dipecat awal bulan ini selepas The Boro terperosok di kelompok tiga terbawah liga.
“Middlesbrough ialah kelab profesional pertama yang saya pernah bermain ketika berusia sembilan tahun, jadi ia adalah perasaan yang sangat istimewa untuk kembali ke sini sebagai ketua jurulatih...
"Saya membesar di timur laut mengerti pengaruh bola sepak terhadap komuniti di sini. Ia adalah satu keistimewaan sebenar bagi saya untuk berada dalam kedudukan ini dan merasai semangat yang anda miliki untuk permainan dan untuk Boro.
"Saya akan memberikan segalanya untuk membantu membangunkan semula pasukan dan terus memajukan kelab ke hadapan serta membuat anda sebagai penyokong merasa bangga. Saya tidak sabar memulakannya," kata Carrick.
Middlesbrough kini berada di kedudukan 21 daripada 24 pasukan mengumpul 17 mata selepas mengharungi 16 perlawanan - satu mata di atas zon penyingkiran - akan berdepan kelab tangga kelima Preston di tempat lawan pada Sabtu.
Untuk rekod, Carrick membuat lebih daripada 700 penampilan bersama kelab dalam kariernya memenangi lima kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara bersama Manchester United ketika di bawah Alex Ferguson. - Sinar Harian
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment