NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dua pertiga banduan disasar jalani pemulihan dalam komuniti menjelang 2023

Jabatan Penjara Malaysia menyasarkan dua pertiga banduan yang layak menjalani pemulihan dalam komuniti menjelang tahun 2030. - Gambar fail/BERNAMA

KAJANG: Jabatan Penjara Malaysia menyasarkan dua pertiga banduan yang layak menjalani pemulihan dalam komuniti menjelang tahun 2030.
Ketua Pengarahnya Datuk Nordin Muhamad berkata inisiatif yang dilaksanakan sejak 2008 seperti Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib (PKW), Program Reintegrasi Penghuni (PRP), Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) dan beberapa program lain, dapat mengurangkan kesesakan di penjara di seluruh negara.
Beliau berkata berdasarkan statistik Penjara Malaysia, terdapat seramai 82,539 penghuni penjara dan daripada jumlah itu, 76,336 adalah banduan di penjara, manakala 6,203 ditempatkan dalam program Pemulihan Dalam Komuniti.
"Pada masa kini kapasiti penjara di seluruh negara hanya boleh menempatkan hanya kira-kira 66,000 penghuni, jadi terdapat kesesakan kira-kira 10,000 penghuni.
"Inisiatif ini diharap dapat mengurangkan kadar kesesakan dan kita menganggarkan lebih ramai pesalah akan dipertimbangkan oleh mahkamah untuk menjalankan program pemulihan dalam komuniti," katanya kepada media dalam majlis pelancaran Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022 (Akta A1660) di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, di sini, hari ini.
Nordin berkata pelaksanaan pindaan rang undang-undang baharu itu juga dapat memberi peluang kepada pesalah hukuman ringan untuk menjalani hukuman di luar fasiliti penjara.
Tambahnya program Pemulihan Dalam Komuniti terbukti berkesan, kerana berjaya mengurangkan kadar penjenayah berulang dengan anggaran seorang sahaja daripada 400 penghuni dibebaskan akan kembali ke penjara.
"Kita menyasarkan untuk mencapai 10,000 pesalah yang menjalani PKW pada tahun ini dan kita sudah mencapai 79.5 peratus, dan yakin jumlah itu dapat dicapai sebelum November tahun ini," katanya.
Selain itu, beliau setakat ini terdapat 52 pusat PKW dan berharap kerajaan mempertimbangkan untuk menambah 20 lagi pusat di seluruh negara.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz yang mewakili Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Wan Ahmad Dahlan dalam ucapannya berkata Jabatan Penjara Malaysia dapat menjimatkan kos pengurusan penjara sebanyak RM182 juta setahun menerusi program dan inisiatif yang dilaksanakan.
Katanya sebanyak RM5.5 bilion telah dibelanjakan sejak lima tahun yang lepas bagi kos pengurusan kepenjaraan untuk penyediaan peralatan, kemudahan, perubatan, makanan, kawalan, pengiringan, emolumen kakitangan dan sebagainya lagi.
"Pesalah-pesalah tersebut akan ditempatkan dalam industri dan seterusnya dapat mengisi kekosongan tenaga kerja yang menggunakan warga asing," katanya.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo