NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Sathia Prakash Nadarajan nafi dia orang Azmin


Calon Pakatan Harapan (PH) Hulu Selangor Dr Sathia Prakash Nadarajan menafikan laporan media yang mengatakan bahawa dia mempunyai hubungan rapat dengan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohamed Azmin Ali.

Malah, katanya, dia tidak pernah bersemuka dengan Azmin dan hanya aktif dalam politik selepas bekas timbalan presiden PKR itu meninggalkan parti.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan itu yang mendakwa bahawa saya rapat dengan Azmin dan konco-konconya.

"Saya tidak pernah melihat Azmin secara bersemuka.

"Walaupun, saya menjadi ahli PKR sejak 2009, saya aktif dalam politik hanya selepas Azmin keluar dari parti.

"Laporan itu memang dari satu pihak. Media itu tidak menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan," katanya kepada Malaysiakini.

Dia berkata demikian berhubung laporan Sin Chew yang diterbitkan hanya beberapa jam sebelum majlis pengumuman calon PKR yang diadakan di Ampang, semalam.

Laporan itu mengatakan rundingan untuk penyandang kerusi Hulu Selangor June Leow Hsiad Hui mempertahankan kerusinya gagal selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim bertegas untuk memberikan kerusi itu kepada Sathia, yang dituduh mempunyai hubungan rapat dengan Azmin.

Untuk rekod, Sathia juga ketua cabang PKR Hulu Selangor mengalahkan Leow pada pemilihan cabang yang diadakan tahun ini.

Sementara itu, Sathia juga tidak menolak kemungkinan laporan itu adalah untuk menjejaskan imejnya di kalangan ahli partinya.

"Saya tidak menolak kemungkinan ada pihak cuba merosakkan reputasi saya di Hulu Selangor.

"Ada usaha kaitkan saya dengan Azmin dan seterusnya melabel saya sebagai ‘kartel’,” katanya merujuk kepada gelaran yang dikaitkan dengan penyokong Azmin.

Azmin merupakan antara pemimpin yang terlibat dalam 'Langkah Sheraton' yang menyebabkan kerajaan PH tumbang selepas 22 bulan menjadi kerajaan.

Azmin seterusnya menyertai Bersatu.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo