NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Doktor perubatan taruhan PN cabar Zuraida di Ampang


PETALING JAYA:
Perikatan Nasional (PN) dijangka mempertaruhkan anak tempatan yang juga doktor perubatan bagi menggempur kerusi Parlimen Ampang disandang Zuraida Kamaruddin selama tiga penggal.

Menurut sumber, Dr Maamor Osman yang juga aktif sebagai aktivis masyarakat menjadi calon tunggal PN yang diberi mandat untuk berdepan Zuraida pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Sentimen penduduk tempatan ketika ini mahukan calon tempatan, dan kita lihat Dr Maamor yang sudah berkhidmat di Ampang selama lebih 30 tahun sebagai calon paling layak untuk menjuarai permasalahan rakyat di sana.

“Setelah dua penggal Zuraida di Ampang tidak mampu membawa banyak perubahan. Masalah rakyat asing dan banjir kilat masih menghantui pengundi Ampang.

“Kita mahu calon yang boleh menjiwai masalah penduduk tempatan bukan calon luar,” katanya kepada FMT.

Maamor yang juga setiausaha agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mempunyai rangkaian klinik di Ampang dan menetap di kawasan itu sejak 1990.

Pada 23 Okt lalu, Zuraida mengesahkan akan mempertahankan Parlimen Ampang pada PRU15 yang disandangnya sejak 2008.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama beliau akan bertanding atas tiket parti atau Bebas susulan penggantungan keahliannya dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM) berkuat kuasa 28 Okt.

Bekas naib presiden PKR itu memenangi Parlimen Ampang di bawah tiket PKR dengan majoriti 41,956 undi dalam pertandingan empat penjuru – BN, PAS, Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Zuraida dilantik ke dalam Jemaah Menteri selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan BN pada 9 Mei 2018.

Bagaimanapun, beliau dipecat daripada PKR bersama bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali selepas menyertai Muhyiddin Yassin menerusi Langkah Sheraton dan menyertai Bersatu. Zuraida kemudian keluar Bersatu menyertai PBM pada Mei lalu.

PKR pula mempertaruhkan Exco Kerajaan Selangor Rodziah Ismail manakala BN Ampang yang sebelum ini menolak PBM dan Zuraida untuk menyertai gabungan itu masih “mengunci mulut” mengenai calon yang bakal diketengahkan.

Sementara itu, Maamor ketika dihubungi FMT mengesahkan menerima amanat dari pucuk pimpinan Bersatu untuk bertanding di Parlimen Ampang.

“Setakat semalam, nama saya dicalonkan untuk Ampang,” katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo