BHOPAL, 31 Oktober 2022 – Dua remaja dibelasah dan diheret dengan lori sambil kaki mereka diikat dibelakang lori tersebut kerana dituduh mencuri.
Berdasarkan video rakaman yang tular di media sosial, kejadian berlaku di pasar sayur Choitram, Indore, Madhya Pradesh.
Dua peniaga dan seorang pemandu mendakwa remaja terbabit mencuri wang yang disimpan di dalam lori ketika memunggah sayur-sayuran dan mengaku melihat kecurian tersebut.
Tidak lama kemudian, peniaga dan beberapa orang yang berada di situ membelasah dua kanak-kanak bawah umur itu dan mengikat kaki mereka dengan tali.
Mereka dipaksa berbaring di atas jalan dan mengikat kaki mereka pada lori terbabit sebelum diseret di sekitar pasar sayur-sayuran di Indore, sambil disaksikan orang ramai yang sibuk merakam kejadian itu.
Susulan tular video itu, pihak polis bertindak memfailkan kes terhadap dua remaja itu atas dakwaan mencuri dan sedang memburu suspek yang terlibat dalam kes berkenaan.
“Cara mereka dibelasah adalah mengerikan dan kejam. Kami akan mengambil tindakan terhadap penyerang juga. Kami akan mengenal pasti mereka daripada video itu,” kata pegawai polis Indore Nihit Upadhyay kepada pemberita.
Dua remaja terbabit telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Kejadian sedemikian bukanlah pertama kali berlaku.
Sebelum ini, kejadian seakan-akan seperti ini pernah berlaku apabila
seorang lelaki diikat pada tiang dan dibelasah oleh orang ramai akibat
dituduh mencuri kapas dari ladang.
Dalam kejadian lain, seorang lelaki ditembak mati dan tiga orang lagi cedera akibat dituduh mencuri kayu kering.
.....https://www.samudera.my
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment