NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Demi ekor Harimau Malaya


TEKA-TEKI
venue yang akan menjadi gelanggang rasmi Harimau Malaya untuk saingan Piala AFF 2022 hujung tahun ini terus hangat diperkatakan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Ia selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum memutuskan status rumah rasmi Harimau Malaya sama ada Stadium Nasional Bukit Jalil atau venue lain bakal digunakan bagi kejohanan dwi tahunan itu.

Bagi pemerhati sukan tanah air, Mohd Sadek Mustafa, beliau lebih gemar sekiranya Stadium Nasional digunakan memandangkan mampu memberikan jajaran selesa kepada para penyokong Harimau Malaya untuk ke venue pada hari perlawanan.

“Pada saya Stadium Nasional Bukit Jalil masih stadium terbaik dan kondusif untuk saingan Piala AFF kepada para penyokong Harimau Malaya menyaksikan pasukan kesayangan mereka.

“Bukanlah saya mahu menidakkan kemampuan dua lagi venue yang jadi pilihan (Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin), cumanya ia akan beri kesan kepada kehadiran penonton.

“Sebab kalau kita lihat sekiranya perlawanan itu sekitar Lembah Klang ia bukan sahaja akan tarik penyokong setia pasukan kebangsaan, mungkin juga peminat dari kalangan negara-negara ASEAN.

“Situasi tersebut secara tidak langsung bukan sahaja akan meriahkan lagi perlawanan malah turut akan membantu kantung kewangan FAM itu sendiri,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

Mohd Sadek
Mohd Sadek

Dalam masa sama katanya, Stadium Nasional telah membuktikan kemampuannya menganjurkan perlawanan akhir Piala AFC 2022 baru-baru ini.

Dengan stadium itu mampu untuk menggunakan teknologi video bantuan pengadil (VAR) jelasnya, ia memberikan kelebihan memandangkan ketika ini tiada venue lain dalam negara ini mampu menggunakan teknologi tersebut.

“Kalau kita lihat baru-baru ini, Stadium Nasional Bukit Jalil mampu menggunakan teknologi VAR. Jika tak silap tiada lagi stadium lain di negara mampu membuktikan venue mereka sesuai untuk menggunakan teknologi itu.

“Jadi sekiranya kalau AFF mahu gunakan teknologi itu pada perlawanan akhir nanti sekurang-kurangnya nanti kita sudah bersedia dan tak perlu nak kalut pada saat akhir,” ujarnya.

Untuk rekod, saingan Piala AFF 2022 bakal membuka tirai pada 21 Disember depan dengan Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Myanmar, Vietnam, Singapura dan Laos.

Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon akan beraksi di laman sendiri ketika bertemu Laos dan Singapura dan perlu bertandang di gelanggang lawan pada aksi menentang Myanmar dan Vietnam.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo