NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP Sarawak tolak logo PH


SIBU:
DAP Sarawak akan terus menggunakan logo roketnya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) walaupun parti Pakatan Harapan lain menggunakan logo perikatan itu.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, berkata keputusan itu bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengundi di negeri itu, kerana mereka telah biasa dengan logo roket.

“Saya rasa pengundi Sarawak telah biasa dengan logo roket, jadi saya tidak rasa akan ada sebarang kekeliruan,” katanya kepada media selepas pelancaran bilik operasi DAP Sibu di sini hari ini.

Sementara itu, Chong berkata DAP akan bertanding bagi mempertahankan enam kerusi di Sarawak yang telah mereka menang pada PRU14, dan cuba untuk memenangi lebih lagi.

Kerusi tersebut ialah Mas Gading, Bandar Kuching, Stampin, Lanang, Sibu dan Sarikei.

“Kami akan mempertahankan enam kerusi dan bertanding di dua lagi kerusi yang kami belum menangi iaitu Serian dan Bintulu,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 19 Nov sebagai tarikh mengundi, manakala penamaan pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo