HUJAH mungkir manifesto sudah cukup untuk menghanyutkan dan menenggelamkan PH dalam arus PRU15 ini.
Apa lagi yang diharapkan dengan parti yang telah menipu rakyat.
Seseorang itu adalah tidak waras, kita memilih pemimpin yang kita sudah tahu bahawa mereka itu adalah penipu.
Orang yang tidak waras pun tak sokong orang yang menipu. Adalah menjadi satu kehinaan bagi kita yang waras untuk menyokong DAP dan PH yang penipu.
Tak malukah kita dengan anak-anak kita, jika mereka tanya, “Ibu, kenapa ibu sokong PH yang tipu rakyat?”
Apa yang kita nak jawab, sedangkan kita ajar anak jangan menipu, kita marah anak kita jika mereka menipu.
Tapi bila mengundi kita sokong parti penipu. Nampaknya kita hanya mampu tersengeh-sengeh dan memperlihat betapa hinanya akal kita di depan anak-anak.
Lantaran itu, kita tidak tahu kategori mana yang boleh diletakkan kepada mereka yang sokong PH.
Orang tidak waras pun tak sokong penipu, anak kecil pun tertanya-tanya kenapa sokong penipu.
Marilah kita ajar PH sebagaimana ajar anak-anak kita untuk tidak menipu. Anak-anak, kita ajar dengan cara tegur dan didik mereka.
PH pula cara yang betul adalah dengan kita tidak mengundi mereka. Biar mereka sedar, akan rakyat Malaysia tidak sesekali berkompromi dengan parti penipu.
AHMAD FAHMI MOKHTARDarulnaim Research Centre
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment