IPOH: DAP Perak masih mengunci mulut mengenai desas-desus parti itu akan bertanding lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada pilihan raya umum Ke-15 (PRU-15) nanti.
Pengerusinya Nga Kor Ming berkata pembahagian kerusi dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) akan diumum pada Konvensyen PH yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC) Khamis ini.
“(DAP) tambah kerusi atau tidak, jika boleh (memang mahu tambah kerusi bertanding PRU15). Kita tunggu 20 Okt, kena tunggu ini tarikh memang ‘feng syui’,” katanya ringkas pada sidang media di Wisma DAP di sini hari ini.
Pada PRU14, DAP menang di semua tujuh kerusi Parlimen yang ditandingi iaitu Ipoh Timor, Ipoh Barat, Kampar, Batu Gajah, Teluk Intan, Beruas dan Taiping manakala 18 kerusi DUN dimenangi antaranya Sungkai, Aulong, Canning, Tebing Tinggi dan Pasir Pinji.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment