Siapa DAP ini? Sebut DAP mungkin orang nampak parti orang Cina, Nampak roket. Betul ke?
Betul. Tapi jangan anggap DAP ni sekadar bukan parti Melayu sahaja. Yang lebih penting kena tahu apa agenda DAP ni? Boleh undi ke tidak? Bahaya ke tidak?
Banyak bahaya. Tapi yang paling bahayanya, DAP ini bila dah berkuasa jadi kerajaan, terang-terangan terlanjur tunjuk mereka pro kepada fahaman komunis. Ya inilah yang paling bahaya!
Asal-usul komunisme ini datang daripada Karl Marx. Makhluk yang menolak adanya Tuhan dan tidak menghormati bangsa. Lebih buruk daripada penjajah barat yang beragama itu.
Jadi apa antara bukti DAP ini pro komunis?
Bawa masuk abu mayat Chin Peng ke Malaysia. Chin Peng itu musuh negara. Beliau pernah buat satu pemberontakan sehingga ramai rakyat terbunuh.
Paling tidak boleh diterima, abu mayat itu dibawa ke Malaysia pada 16 September 2019. Apa motifnya bawa pulang abu mayat beliau pada Hari Malaysia?
Tak cukup dengan abu mayat, diadakan pula himpunan memperingati perjuangan komunis. DAP cuba nak tunjuk seolah-oleh komunis lah hero kemerdekaan.
Sedangkan komunis ini kembar siam Barat. Mereka sama-sama penjajah. Barat bawa tentera jajah negara, komunis bawak jarum cucuk pemikiran manusia.
Ini benar-benar mengguris hati para pejuang tanah air yang bergadai nyawa memperjuangkan kemerdekaan tanah air ini.
Tidak sedikit air mata, penderitaan, ketakutan dan trauma dialami rakyat akibat kekejaman komunis ketika Zaman Darurat dahulu.
1970-an, ada dua siri pembunuhan dilakukan ejen komunis. Mereka membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong.
Sejarah keganasan dan pembunuhan yang dilakukan pengganas komunis terhadap majoriti orang Melayu bukan cerita dongeng. Orang Melayu sangat terkesan dan berdendam dengan komunis.
Paling tidak boleh dilupa juga, keberanian mantan Timbalan Menteri Pendidikan dari DAP, Teo Nie Ching menerima komik propaganda komunis di pejabat Kementerian Pendidikan. Komik itu telah pun diedarkan di sekolah-sekolah ketika itu.
Ibu bapa wajib rasa terancam dengan muslihat halus ini. Kita takut anak-anak kita diserang pemikiran mereka secara senyap. Komik itu menghasut, mengelirukan sejarah dan memberitahu orang Melayu bodoh dan pengecut.
Sangat tidak boleh diterima akal yang waras apabila seluruh negara yang pernah menganut fahaman komunis ini telah pun meninggalkannya, tiba-tiba ada cebisan manusia dalam negara kita menunjukkan kecintaan.
Beranikah kita biarkan puak DAP dan sekutunya memerintah negara kita lagi? Kalau takut, ayuh #TolakDAP - #TolakPH
#BersihdanStabil
#MalaysiaSejahtera
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment