PETALING JAYA: DAP mungkin menggugurkan Ahli Parlimen Klang selama tiga penggal, Charles Santiago daripada senarai calonnya untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15), menurut sumber parti itu.
“Santiago tidak akan bertanding mana-mana kerusi untuk DAP,” kata sumber itu yang enggan dinamakan.
Menurutnya, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosio Ekonomi, Kebajikan Masyarakat dan Pemberdayaan Pekerja Selangor, V Ganabatirau mungkin menggantikan Santiago.
“Pada mulanya ia sepatutnya ADUN Seri Kembangan, Ean Yong, tetapi sambutan orang ramai tidak baik, jadi ada perubahan,” kata sumber itu kepada FMT.
Pada PRU 2018, Santiago mempertahankan kerusi Parlimen Klang dengan majoriti 78,773 undi menewaskan calon Barisan Nasional dan PAS.
Ganabatirau ketika dihubungi berkata, beliau ada mendengar dirinya akan diminta bertanding di kerusi Parlimen, tetapi tidak tahu kerusi mana.
“Saya tidak pasti sama ada Klang atau kerusi lain di Selangor, tetapi jika Klang, saya akan bertanding,” katanya.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment