Pemain Manchester City, Kevin De Bruyne (kiri) menjaringkan gol pasukan menerusi sepakan percuma ketika aksi EPL menentang Leicester City di Stadium King Power, sebentar tadi. - Foto REUTERS |
LEICESTER: Manchester City melonjak ke persada Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas sepakan percuma Kevin de Bruyne mengatasi pertahanan kental Leicester City, untuk keputusan muktamad 1-0 di Stadium King Power, di sini, sebentar tadi.
Pengurus skuad The Foxes, Brendan Rodgers mengambil pendekatan untuk lebih banyak bertahan dan melakukan tugas yang baik bagi menyekat juara bertahan itu.
Segala-galanya tampak berjalan lancar buat Rodgers sehinggalah de Bruyne 'menujah' menerusi sepakan percuma dari jarak 25 ela empat minit selepas babak kedua bersambung.
Aksi pemain Manchester City menentang Leicester City di Stadium King Power, sebentar tadi. - Foto REUTERS |
Jaringan itu sudah cukup buat City untuk memintas Arsenal di persada liga dengan kelebihan dua mata menerusi himpunan 28 mata, selepas mereka kehilangan sentuhan Erling Haaland yang mengalami demam dan kecederaan kaki.
Leicester turut berpeluang merobek gawang City menerusi voli Youri Tielemans yang diselamatkan Ederson, namun mereka jelas tidak memiliki ketajaman di jentera serangan untuk menguji pertahanan City.
Aksi pemain Manchester City menentang Leicester City di Stadium King Power, sebentar tadi. - Foto REUTERS |
Arsenal boleh kembali ke tangga teratas dengan kemenangan ke atas Nottingham Forest di Stadium Emirates, esok.
- AGENS
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment