NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Changkat Jong kekal milik kami, AMANAH tak puas hati dengan DAP


IPOH:
Amanah Teluk Intan menegaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong kekal milik parti itu.

Ia selepas naib pengerusi Amanah Perak, Muhaimin Sulam dinamakan sebagai calon bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi itu pagi tadi.

Ketua Amanah Teluk Intan Ahmad Munzirie Ahmad Kabir berkata, penetapan semua kerusi yang ditandingi Amanah mewakili Pakatan Harapan (PH) adalah seperti yang telah diumumkan dalam Majlis Pengumuman Calon Amanah Perak pagi tadi oleh pengerusi Amanah Perak merangkap pengarah pilihan raya Amanah Nasional, Asmuni Awi.

“Di peringkat Amanah Teluk Intan, kami tidak menerima sebarang perubahan melibatkan DUN Changkat Jong daripada Jawatankuasa Amanah Negeri Perak mahupun kepimpinan di peringkat nasional.

“Hal ini berikutan kedudukan DUN pasir Bedamar yang berada dalam Parlimen Teluk Intan telah pun ditandingi oleh DAP dan kerusi Parlimen Teluk Intan juga ditandingi oleh DAP.

“Maka mengikut persefahaman bersama, bagi kerusi DUN Changkat Jong, persetujuan dicapai untuk diberikan kepada Amanah berdasarkan komposisi dua kerusi DAP dan satu kerusi Amanah,” katanya dalam kenyataan.

Ia menyusul selepas DAP Perak meletakkan calon mereka Badrul Hisham Badaruddin bertanding di kerusi itu seperti diumumkan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook pada majlis pengumuman calon DAP Perak sebentar tadi.

DAP mengumumkan bertanding lapan kerusi Parlimen dan 19 kerusi DUN Perak pada pilihan raya umum kali ini.

Munzirie berkata, mesyuarat terakhir yang kami hadiri juga menetapkan DUN Changkat Jong adalah milik Amanah dan calon yang dipersetujui di semua peringkat adalah Muhaimin Sulam.

Katanya, kesesiapsiagaan jentera untuk DUN Changkat Jong juga telah berada pada tahap yang terbaik dan kerja-kerja awal menghadapi tempoh berkempen telah pun dibuat.

“Justeru, pertikaian atau perebutan kerusi Changkat Jong seharusnya tidak timbul dan harus dihormati oleh semua parti anggota dalam Pakatan Harapan,” katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo