NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ceramah Syed Saddiq diganggu mat motor


KUALA LUMPUR:
Ceramah mega di Muar, Johor yang dibarisi kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) malam ini diganggu sekumpulan 'mat motor'.

Gangguan tercetus ketika giliran Presiden MUDA yang juga penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyampaikan ucapannya.

Meskipun diganggu, ceramah berkenaan diteruskan tanpa berlaku insiden tidak diingini setelah situasi dapat dikawal oleh polis dan sukarelawan program ceramah yang bertugas di lapangan.

"Saya tak ada masa nak lawan dengan mereka kerana saya di sini nak bela orang Muar dan bukannya nak biar mereka (rakyat Muar) susah dan sengsara. Tak apa biarkan," katanya.

Beliau sempat menitipkan nasihat buat 'geng mat motor' yang mengganggu ceramahnya supaya jangan mudah gadaikan maruah sehingga sanggup bergelar pencacai.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan mereka seharusnya berperanan mengangkat martabat orang dan negara tersayang, bukannya melakukan provokasi murahan.

"Kepada anak-anak muda di luar sana, jangan jadi pencacai. Ini negara kita, bela masa depan ayah, pak cik, mak cik kamu. Sampai bila kita nak dibeli? Sampai bila kita nak jual maruah kita? Ini negara kita. Ini Muar!," katanya.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo