NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cari Ketam, Jumpa Mayat


KOTA KINABALU
: Seorang pencari ketam terkejut selepas menemui mayat terdampar di tepi laut Teluk Sepanggar, di sini, malam tadi.

Mayat lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui kira-kira jam 8 malam sebelum menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan berkenaan.

Difahamkan, mayat yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an itu ditemui dalam keadaan tidak berbaju dan memakai ‘goggles’ renang serta berseluar pendek dan bersarung tangan.

Turut ditemui di tempat kejadian, sehelai baju yang diletakkan di atas batu di tepi pantai dipercayai milik mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

Katanya, setakat ini siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada mayat mangsa.

“Mangsa dipercayai lemas ketika mencari ketam di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk bedah siasat.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung mangsa boleh menghubungi pegawai penyiasat, Ketua Polis Balai Manggatal, Sub-Inspektor Badrizaman Abdol Rahman,” katanya.

-Berita Harian



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo