GEORGE TOWN: Hanya mereka yang mengusai kemahiran bahasa Melayu dengan baik akan dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau.
Beliau menegaskan, sebagai seorang pembuat dasar, individu yang mewakili rakyat di peringkat Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) harus membawa isu rakyat untuk dibahaskan.
"Jika wakil rakyat tak boleh berbahasa dalam bahasa Melayu, macam mana nak membela hak dan nasib rakyat nanti," katanya pada sidang media pada pelancaran Bilik Gerakan PRU15 PN Bayan Baru di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Domanic memberitahu, penguasaan bahasa Melayu adalah antara kriteria yang akan dipertimbangkan dalam pemilihan calon parti itu.
Beberapa bulan selepas kekalahan BN dalam PRU14, Gerakan mengumumkan keluar BN untuk menjadi sebuah parti bebas yang konstruktif.
Namun pada Februari tahun lalu, Gerakan menyertai gabungan PN.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment