NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Bukan hak saya tentukan bertanding di mana'

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyantuni Warga 5 Divisyen ketika melawat Kem Lok Kawi Kota Kinabalu, hari ini. - Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Dengan pelbagai spekulasi terkait PRU15, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menaruh sepenuh keyakinan terhadap apa juga bakal diputuskan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

"Bukan hak saya menentukan mana saya akan bertanding kerana yang lebih penting ialah melakukan persiapan.

"Mereka yang ada di Sembrong sudah tahu dan dididik sejak sekian lama untuk meneruskan gerak kerja sebelum penamaan calon.

"Siapa juga calon BN di kerusi yang saya sandang itu (Parlimen Sembrong), gerak kerja kita mesti berjalan.

"Saya serahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan BN sama ada saya bertanding semula pada PRU15 atau sebaliknya," katanya pada sidang media di Dewan Kinabalu, Kem Lok Kawi, di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Bendahari BN berkata, fokus paling utama ketika ini ialah memastikan jentera bersedia memenangkan calon BN di kerusi berkenaan.


Sumber I BH Online



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo