PETALING JAYA – Seorang wanita mendapat perhatian sebahagian besar netizen di media sosial selepas didakwa bercerai bersama suaminya sebaik sahaja menjaga lelaki itu ketika terlantar sakit lebih tiga bulan.
Siti Rohayu atau Ayu sebelum ini meraih perhatian kerana kesetiaannya menjaga suami yang berbulan-bulan terlantar koma dan hampir-hampir kehilangan ingatan.
Dia kemudiannya didakwa bercerai sebaik suaminya sembuh daripada terlantar sakit selama 91 hari.
Rata-rata netizen berasa sebak melihat video tular berkenaan.
“Umy Ayu jaga Aby daripada terlantar sehingga boleh berjalan. Allahuakbar,” kata Rusbiah Nordin.
“Kasihannya. Kita tengok daripada suami dia terlantar sakit sehingga boleh berjalan normal,” komen seorang pengguna Tiktok yang lain.
Sumber | KOSMO! ONLINE
No comments
Post a Comment