NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Berbanding Anwar, Adam Adli lebih berpeluang dicalonkan di Nibong Tebal


SEBERANG PERAI
– Seorang pemimpin PKR Pulau Pinang menafikan kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Nibong Tebal untuk menebus kembali kerusi yang parti itu hilang selepas Datuk Mansor Othman meninggalkan PKR.

Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang, Goh Choon Aik berkata, berbanding Anwar, Ketua Pemuda PKR, Adam Adli yang berasal dari Kepala Batas dilihat lebih berpeluang untuk bertanding di Nibong Tebal.

Choon Aik berkata, PKR pusat memang telah memaklumkan bahawa pemimpin “heavyweight” akan dihantar untuk bertanding di Nibong Tebal, tetapi calonnya dijangka bukan Anwar.

“Mengikut tradisi parti, pemimpin yang perlu berkempen di seluruh negara biasanya akan ditempatkan di kerusi tradisi dan mempertahankan markas parti.

“Anwar bukan sahaja perlu berkempen untuk PKR sahaja, tetapi beliau juga perlu berkempen untuk parti-parti di bawah Pakatan Harapan.

“Oleh itu, operasinya adalah lebih mudah jika Anwar mempertahankan kerusi tradisi,” katanya seperti dipetik Guang Ming Daily.

Choon Aik menjelaskan, pengundi di kawasan Melayu mementingkan perkhidmatan wakil rakyat mereka dan jarang berlaku “bidan terjun” seperi yang berlaku di kerusi Cina.

“DAP boleh menghantar pemimpin mereka bertanding di banyak tempat kerana kemenangan mereka bergantung kepada semangat penyokong.

“Pengundi Melayu pula mahu melihat perkhidmatan wakil rakyat dan oleh itu jarang berlaku bidan terjun.

“Oleh sebab inilah Tun Dr. Mahathir Mohamad bertanding di Langkawi manakala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak masing-masing di Bagan Datuk Dan Pekan,” katanya.

Choon Aik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun juga berpendapat, adalah lebih masuk akal untuk Anwar bertanding di Permatang Pauh berbanding Nibong Tebal.

Walau bagaimanpun, beliau percaya Port Dickson masih merupakan pilihan pertama Anwar kerana Nurul Izzah Anwar telah menyatakan hasratnya untuk kekal di Permatang Pauh.

Sementara itu, Choon Aik melihat Nibong Tebal merupakan petunjuk prestasi PKR secara keseluruhannya dan kekalahan di kerusi itu bermaksud kekalahan besar PKR di seluruh negara.

“Pengundi Cina dan India adalah lebih banyak berbanding pengundi Melayu di Nibong Tebal dan keadaan ini adalah lebih mudah buat PKR.

“Jika kerusi ini tidak dapat dimenangi, maka kami juga tidak mungkin menang di kerusi Melayu lain,” katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo