SELEPAS Anwar Ibrahim gagal bunuh Amirudin Shari dalam pemilihan cabang dengan hantar Farhash (SUPOL) lawan Ketua Cabang Gombak kini Anwar bertegas mahu letak Amir di Gombak.
Ramai mengetahui Amir mahu bertanding di Selayang namun Anwar bertegas mahu Amir di Gombak. Untuk rekod Anwar sendiri mulanya mengintai kerusi Gombak namun Anwar sendiri tidak berani.
Nampaknya Gombaklah akan menjadi “ground zero” bagi semua yang ingin melihat Selangor lepas dari “penjajahan PH”.
Dengan tewasnya MB di kerusi Gombak di mana kerusi DUN (Sungai Tua) yang disandangnya juga berada dalam Gombak pasti menjadi isyarat jelas tumbangnya PH di Selangor.
Kekuatan semua yang melawan PH Selangor harus disatukan di Gombak.
Dalam parti Anwar kini sedang dihimpit Rafizi, mereka yang setia dengan Anwar juga sedang dibunuh oleh Rafizi dengan memastikan hanya pro Rafizi yang bertanding di kawasan selamat. Antara yang disembelih dan gagal mendapat tempat atau tempat mati ialah Tian Chua (tidak dapat bertanding), Shamsul Iskandar dari kawasan Hang Tuah Jaya di mana dia gelarkan dirinya Giant Killer kerana tewaskan Ali Rustam.
Shamsul dipaksa bertanding di kawasan Zahid Hamidi. Dua kerusi putih PKR seperti Hang Tuah Jaya ditandingi oleh Cikgu Rafee dan Selayang YB Chua Wei Kiat yang mana kedua duanya budak Rafizi.
— BebasNews
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment