NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belum ada perbincangan rasmi antara PN, GTA


PUTRAJAYA:
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, gabungan berkenaan belum mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Secara rasmi belum ada, tetapi antara wakil mungkin ada, risik merisik itu biasa dalam politik buat masa ini.

"Pihak atasan belum buat keputusan sama ada perbincangan ini boleh dijalankan secara rasmi," katanya selepas majlis pelancaran duit syiling peringatan sempena Ulang Tahun Jubli Emas Jabatan Sukarelawan (RELA) ke-50 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perbincangan antara PN dan GTA bagi menghadapi PRU15.

Sabtu lalu, Timbalan Pengerusi Penaja GTA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan gabungan parti politik tertentu untuk melihat sama ada kerjasama boleh dilaksanakan ataupun tidak.

Mukhriz dilaporkan berkata, pihaknya terbuka untuk bergabung sama ada dengan PN atau Pakatan Harapan (PH).

GTA merangkumi PEJUANG, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Ikatan India Muslim Nasional (Iman).

Sementara itu, mengulas permohonan penubuhan GTA yang dikatakan tidak diluluskan, Hamzah berkata, beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai perkara itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. – BERNAMA



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo