NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas pemimpin Bersatu calon bebas di Pekan, Peramu Jaya


Seorang bekas pemimpin bahagian Bersatu, Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, hari ini mengumumkan dia bakal bertanding di kerusi parlimen Pekan dan DUN Peramu Jaya.

Dia yang pernah menjadi timbalan ketua bahagian Bersatu Pekan mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media di Pekan, Pahang, hari ini.

Tengku Zainul yang juga kerabat diraja Pahang berkata, dia dipecat daripada Bersatu pada 22 Jun 2020 susulan tindakannya bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil Chini.

"Saya lebih selesa bergerak sebagai calon bebas kerana kebanyakan parti berkelahi. Jika jadi calon bebas, saya lebih mudah didampingi serta berkhidmat untuk rakyat," katanya.

Dia turut memberitahu akan menggunakan logo rumah jika pencalonannya pada Sabtu ini diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Mungkin saya pakai logo 'rumah' kerana seperti semua tahu, rumah adalah tempat kita semua berteduh, tempat berlindung hujan dan panas.

"Sebab itulah pilih logo 'rumah' supaya rakyat dan pengundi di parlimen dan DUN dapat perlindungan," katanya lagi.

Pernah hilang deposit

Ditanya mengenai kenapa memilih untuk bertanding di Pekan, Tengku Zainul berkata, Umno dan BN sedang berdepan masalah untuk mengekalkan kerusi berkenaan.

"Seperti yang kita tahu, (bekas) ahli parlimen, Najib Razak, tak boleh bertanding dan kalau mereka (BN) nak letak calon bukannya penduduk yang tinggal di Pekan, mereka akan bermasalah.

"Begitu juga dengan calon daripada parti lain, saya dengar PH pun nak letak calon, PN pun ada calon dan GTA (Gerakan Tanah Air) melalui Pejuang pun nak bertanding.

"Jadi, saya rasa mereka (BN) juga ada masalah untuk pilih calon sesuai untuk diletakkan di sini," katanya.

Tengku Zainul yang bertanding dalam PRK Chini dua tahun lalu tewas dan hilang deposit.

PRK Chini menyaksikan calon BN, Mohd Sharim Md Zain mendapat 13,872 undi, menewaskan Tengku Zainul dan seorang lagi calon bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli.

Tengku Zainul meraih 1,222 undi dan Shukri mendapat 137 undi sekali gus menyaksikan kedua-duanya hilang wang deposit.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo