NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas ahli politik ditahan kes pemerdagangan orang


GEORGETOWN
- Seorang bekas ahli politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu antara 11 individu yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan orang (eksploitasi buruh).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, lelaki bergelar Datuk berusia lingkungan 50-an itu ditahan di rumahnya pada jam 8.25 malam, Ahad.

Menurutnya, penahanan bekas ahli politik tersebut dibuat selepas polis menangkap lapan lelaki dan dua wanita pada jam 12.10 tengah malam, 27 Oktober lalu.

Katanya, kesemua suspek berusia lingkungan 22 hingga 60 tahun itu ditahan dalam beberapa siri serbuan oleh Kontinjen Kedah dan Pulau Pinang selepas polis menerima maklumat awam berhubung kegiatan mereka.

Tambahnya, susulan penahanan kesemua suspek tersebut, polis berjaya menyelamatkan 13 mangsa yang terdiri daripada lelaki tempatan.

"Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersama pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) telah menahan seorang lelaki di sebuah rumah kedai yang dijadikan premis pemulihan dadah dan alkohol.

"Susulan tangkapan lelaki tersebut, kita berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang disyaki mangsa pemerdagangan orang.

"Serbuan seterusnya pula, kita menahan tujuh suspek iaitu enam lelaki dan seorang wanita serta menyelamatkan tiga mangsa berusia lingkungan 22 hingga 46 tahun," katanya pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang di sini pada Isnin.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo