NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir Langkawi: 1 PPS dibuka malam ini tempatkan 37 mangsa

Hujan sejak awal pagi berlarutan menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan. - Gambar/ APM

LANGKAWI: Seramai 37 mangsa banjir di langkawi ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Syifa, di Padang Mat Sirat di sini, malam ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata, PPS itu dibuka jam 8 malam menempatkan mangsa daripada 10 keluarga dari Kampung Atas.
“Semua mangsa dipindahkan kerana kediaman mereka dinaiki air dan tidak selamat.
“Langkah keselamatan terpaksa diambil APM kerana bimbang tahap keselamatan penduduk sekiranya berlaku hujan pada tengah malam dan awal pagi,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Ahmad Shahfikri berkata, hujan sejak awal pagi berlarutan menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan.
Selain itu terdapat kejadian pokok tumbang menghempap bumbung rumah dan jalan di Mukim Ulu Melaka, Mukim Ayer Hangat, Mukim Kuah dan Mukim Bohor namun kerja pembersihan telah dilakukan.
Ahmad Shahfikri berkata, pematauan terus dilakukan anggota APM berikutan sehingga jam 10 malam hujan masih lagi turun.
Jelasnya, penduduk dinasihatkan segera berpindah sekiranya menerima arahan berbuat demikian.

Sumber I Astro Awani 





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo