NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bakal Ahli Parlimen PAS Sungai Buloh akan ambil gaji sekadar keperluan sahaja

Dalam mesyuarat PAS kawasan Sg Buloh yang diadakan pada 9 Jun 2022 telah sebulat suara bersetuju untuk melaksanakan konsep tabungan Al Asya'ri. Iaitu semua income daripada YB PAS dikumpulkan di dalam 1 tabung kemudian diagihkan semula kepada YB mengikut keperluan masing2. 

Jika keperluannya RM5k, elaun wakil rakyatnya adalah RM20k, maka RM15k itu diletakkan di dalam tabung Al Asyaari untuk menampung keperluan jentera lain seperti SUK dan seumpamanya. Konsep ini diambil daripada Kabilah Al Asyari yang dipuji oleh nabi SAW yg juga menjadi teras kpd sistem takaful hari ini. 

Konsep ini dicadangkan sendiri secara sukarela oleh mereka2 yang dihantar nama untuk bertanding di Parlimen Sg Buloh dan DUN di dalamnya, bukan idea dan paksaan PAS Kawasan. Ia adalah dari kesedaran betapa pre dan paska kemenangan adalah hasil titik peluh jentera yang bekerja, bukan 100% hasil kerja YB itu sendiri. Ia juga hasil pengalaman Calon luar kawasan yang pernah menang di DUN dalam kawasan Sg Buloh, di mana dengan elaun yang besar tanpa segan silu membina dan menompokkan harta di kawasan lain tanpa mengambil kira keperluan dan bebanan jentera dalam kawasan. Malam 2 hari lepas, mesyuarat jentera pacaba sebagaimana di dalam gambar, sukarelawan dan jentera parti telah mula bekorban keringat dan wang ringgit untuk menangkan calon, dan adalah rasa.malu untuk menjadi seoarang YB yang kaya raya dengan jawatan hasil keringat jentera yang bekerja. Atas kesedaran ini, calon2 yang dihantar nama ke BPPNS telah bersedia dengan konsep ini demi perjuangan. 

Setiap calon juga diwajibkan membuat aku janji untuk tidak menaiki kenderaan Barzounan dan memakai Raqiiqan serta tidak boleh menerima hadiah dari mana2 pihak yang tidak mempunyai adat memberi hadiah kepadanya. Calon juga wajib membuat pengisytiharan harta dengan menyenaraikan pendapatan, liability, harta dan aset. Senarai ini akan dibuat SD dan dipegang oleh jawatankuasa Al Asyaari (wilayah Mazholim) yang dilantik seramai 5 orang oleh pihak PAS kawasan sekaligus bertindak sebagai pemantau integriti. Konsep ini berteraskan kepada amalan pentadbiran Saidina Umar Al Khattab RA.

Semoga dengan keputusan dan langkah ini, Allah akan memberikan kemenangan besar kepada calon2 PAS di Sg Buloh. Amin!!!

Nota: firman Allah swt:

Ų§ŲŖŲØŲ¹ŁˆŲ§ Ł…Ł† Ł„Ų§ ŁŠŲ³Ų§Ł„ŁƒŁ… Ų§Ų¬Ų±Ų§ ŁˆŁ‡Ł… Ł…Ł‡ŲŖŲÆŁˆŁ†
Ikutlah orang2 yang tidak mengharapkan pembalasan wang ringgit daripada kamu dan merekalah yang beroleh petunjuk.

Link asal:
https://facebook.com/100044244318573/posts/651337883017683/


FB Zaharudin Muhammad

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo