NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bajet Pulau Pinang kekal dibentang pada 4 November

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow

GEORGETOWN: Pembentangan Bajet Pulau Pinang bagi 2023, kekal mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada 4 November depan. 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata notis persidangan pembentangan bajet itu juga sudah dikeluarkan.

Katanya, tarikh pembentangan tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya melainkan terdapat pindaan. 

"Kita tidak boleh tukar tarikh (pembentangan) sewenang-wenangnya, melainkan ada pindaan kita akan hantar semula notis.

"Jika Pilihan Raya Negeri turut diadakan, isu bajet tak akan dibangkitkan. Namun mengikut kenyataan Pakatan Harapan (PH) tiga buah negeri di bawah PH tidak akan membubar Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya di sini, hari ini.

Terdahulu Kon Yeow ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan menerusi platform LovePenang kepada lima rumah dan pertubuhan kebajikan di The Top, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Terdahulu, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dijangka memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bagi membubar Parlimen dalam masa terdekat ini.

Ismail dilaporkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok bagi memberi taklimat mengenai Bajet 2023, selain turut memohon perkenan baginda membubar Parlimen bagi memberi laluan bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dalam perkembangan sama, Kon Yeow memberitahu, rundingan pembahagian kerusi bagi PH di Pulau Pinang bermula hari ini.


Sumber I BH Online





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo