Bekas menteri besar Mohamed Azmin Ali mendakwa prestasi Selangor merosot selepas dia meninggalkan pejabat menteri besar pada 2018.
Azmin dikatakan telah memilih sendiri menteri besar sekarang Amirudin Shari sebagai penggantinya.
"Lepas saya tinggal (jawatan menteri besar) nampak merosot prestasi (Selangor).
"Jadi tanggungjawab saya mahu mengekalkan kecemerlangan Selangor supaya Selangor akan terus membangunkan memberi manfaat semua rakyat selangor dan kita dapat menjalin satu kerjasama baik dengan kerajaan negeri dan Persekutuan," katanya seperti dilaporkan Astro Awani.
Mohamed Azmin berkata demikian selepas menghadiri Hari MITI 2022, di Gombak, hari ini.
Ditanya mengenai hubungan di antara kerajaan persekutuan dan negeri Selangor sebelum ini, Mohamed Azmin berkata ia dalam keadaan baik.
Mohamed Azmin juga ditanya mengenai kesediaannya untuk kembali memimpin Selangor.
"Terpulang kepada rakyat, saya di mana pun boleh.
Kita kalau benih yang subur dicampak ke laut menjadi pulau dan dicampak ke tanah menjadi gunung," kata Azmin lagi.
Ahli majlis tertinggi Bersatu itu sebelum ini memenangi parlimen Gombak dan kerusi DUN Bukit Antarabangsa atas tiket PKR sejak tiga pilihan raya lalu.
Bagaimanapun, dia berpaling tadah daripada PKR semasa Langkah Sheraton pada 2020.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment